Resepi Ayam Popcorn

Credit|Pilgrims.com

Credit|Pilgrims.com

Kita biasa dengan popcorn jagung terutamanya menikmatinya ketika jalan-jalan atau sedang menonton wayang/tv. Memang sedap untuk buat kudap-kudapan atau jajan ketika sedang melakukan aktiviti yang santai. Tapi kali ini kita cuba pula dengan resepi ayam popcorn yang enak dan lazat ni!

Bahan Perapan

2 potong Dada Ayama dipotong dadu 2 cm X 2 cm
1/4 tin Susu sejat
200 ml Air suam
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada hitam

Tepung Menggoreng

4 sudu besar Tepung gandum
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kari
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil pati kuib ayam.

Cara-caranya
1.Campurkan bahan perapan ayam goreng popcorn serta  susu sejat didalam mangkuk, sejukkan untuk 2 jam atau semalaman di dalam peti sejuk

2.Masukkan ayam yang diperap ke dalam tepung menggoreng sebelum anda mula menggoreng.

4.Gorengkan ayam sehingga garing dan hidangkan ketika panas.

Selamat Mencuba! Siapa yang sudah cuba resepi ayam popcorn angkat tangan \o/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *