Khasiat Air Beras

khasiat-air-beras

Sebenarnya banyak  khasiat air beras ini. Selepas membasuh beras sebaiknya jangan dibuang air bilasan beras tersebut.Ia boleh digunakan untuk membasuh ikan dan akan mengurangkan bau hanyir ikan tersebut. Kemudian siramkan air tersebut pada pokok bunga atau pokok cili. Insyallah pokok tersebut akan hidup subur.

Ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau hanyir ikan atau ayam disamping itu anda boleh gunakan untuk mencuci sayur-sayuran yang baru dibeli dari pasar basah.

Disamping itu ada petua yang mengatakan air basuhan beras yang kedua boleh juga digunakan untuk kecantikan seperti digunakan untuk mencuci muka yang berjerawat dan kusam. Amalkan dengan selawat 3 kali sebelum mencuci muka insyallah muka anda akan berseri-seri.

Bagi yang suka minum air beras yang didih boleh amalak dengan minumnya begitu sahaja atau disampurkan sedikit gula. Khasiatnya membuatkan suara anda merdu ketika membaca al quran.  Yang ini admin tak pernah cuba lagi al-maklumlah suara pun sedap sangat… Anda boleh cuba dan kongsikan hasilnya nanti ya :-)

Itulah serba sedikit khasiat air beras. Kalau ada yang nak kongsikan sila komen dibawah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *